"Diana!"marah Johan sebaik sahaja dia nampak tukang cucinya sedang menggunakan cawan kegemarannya. Dia yang terkejut telah memecahkan cawan itu.
"Kau buat apa dalam bilik aku ni?"
"Saya kemaskan pejabat bos la..."selamba sahaja Diana menjawabnya.
"Tolonglah..penipu...badan dah bau kopi...masih berdalih lagi..."Diana tertunduk.
"Maaf...saya janji tidak akan mengulanginya lagi..."rayu gadis itu.
"Ini dah masuk kali keempat awak menimbulkan masalah dekat pejabat saya ni!Mana boleh tahan kalau macam ni?"marah Johan.
"Tolonglah...jangan buang saya kerja...nanti mak saya nak makan apa..."Diana merayu sehabis boleh yang mungkin.
"Baiklah...ini kali terakhir saya bagi amaran...sekarang...berambus!"lintang pukang Diana keluar daripada bilik itu.Johan terduduk dan melihat cawannya yang pecah itu.
"Habislah kalau Raihan tahu hadiah cawannya pecah...dua tahun aku mengorat dia tau...kalau dia minta berpisah dengan aku gara-gara cawan ni....memang aku pecat terus tulang cuci itu..."marah Johan seorang diri.
Diana mengedap kegelisahan Johan daripada luar bilik.Entah mengapa,hatinya berdebar-debar apabila melihat jejaka tampan tetapi panas baran itu.
"Kan bagus kalau dia teman lelaki aku..."meleleh air liur Diana yang khusyuk melihat Johan.
"Hoi!Mengedap ye..."Diana terkejut dengan kehadiran kawan baiknya,Tasya itu.
"Kau janganlah buat aku macam ni!Boleh lemah jantung tau..."marah Diana.Tasya hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat lucu Diana itu.
"Sudahlah Diana...kau tengok sampai naik juling pun...dia tak mungkin akan jadi jodoh kau...tak mungkin!"Diana patah hati mendengar kata-kata Tasya itu.
"Betullah cakap kau itu...aku ni tukang cuci je...hodoh pula tuhhh..."rendah diri Diana.
"Sedar pun..."Diana terus menyambung semula kerjanya dengan mencuci semua kawasan pejabat.Johan pula sibuk melakukan kerja hariannya.
Secret Receipes
"Apa?Cawan yang sayang berikan dah pecah..."Raihan memarahi Johan.
"Sayang...sorry okey?Pekerja dekat pejabat yang bagi pecah..."
"Pekerja pejabat?Atau you sendiri yang pecahkan dia...sebab benci tengok muka sayang..."Raihan bangun daripada tempat duduknya.
"Sayang...tunggulah dulu..."Johan menhalang.
"Sudahlah...mulai hari ini kita berpisah sahaja...break-up....sayang pun dah ada lelaki lain yang boleh layan diri ini seratus kali baik daripada you...blahhh ahhh..."Raihan meninggalkan Johan yang terkapai-kapai.
"Tak guna punya tukang cuci...tengok aku sudah berpisah dengan teman wanita aku...esok siaplah dia..aku bagi surat pemecatan serta-merta!"Johan mengenggam tangannya kerana terlalu geram dan marah.
Johan keluar daripada restoran itu dengan longlai sekali.Hatinya layu kerana telah putus cinta.
"Yahhh!"dompet Johan telah dirompak sebaik sahaja mahu memasukkannya dalam poket.Johan berlari mengejarnya.
"Ha?"Johan terkejut apabila melihat Diana berada disebelahnya ibarat superwomen mengejar perompak. Malah,tukang cuci itu lari lebih pantas daripada Johan.Lelaki itu ternganga melihat semangat jantan yang ada pada diri Diana itu.
"Hikyak!"perompak itu ditangkap.Diana membelasah perompak itu sehingga tak mampu melawan lagi.
"Awak sangat hebat..."Johan tumb-up untuk Diana kerana kecekapannya.
Sejak kejadian itu,mereka semakin rapat dipejabat.Johan menganggap Diana sebagai pahlawan wanita yang sangat hebat.
"Tukkktukkk..."Diana masuk ke dalam pejabat Johan.
"Tuan panggil saya?"tanya Diana dengan sopan.
"Ini surat pemecatan awak..."Diana terkejut.
"Alaaa...tuan...janganlah buat saya macam ni...dah lama saya tak buat hal...tolonglah tuan..."Johan mengeleng-gelengkan kepala.
"Tak boleh!Awak mesti berhenti kerja..."mutamad keputusan Johan.
"Tapi kenapa?"sayu sahaja suara Diana.
"Sebab awak kena jaga saya dekat rumah..."selamba Johan memberitahu.
"Ha?"terkebil-kebil Diana mendengarnya.
"Saya hendak melamar awak jadi isteri saya...jadi awak kena berhenti kerja..."Diana terus pengsan mendengar lamaran itu.Impiannya menjadi kenyataan.
Kini,Diana ibarat puteri yang dicintai sepenuhnya oleh Johan.Puncanya,kerana bersikap pahlawan macam komik kegemaran Johan.
p/s:-sila komen jika terdapat sebarang pendapat...cerita ini diringkaskan kerana tak cukup masa..xD
0 comel lote uihh..:
Post a Comment