-->
skip to main | skip to sidebar

♥OmElAn Si PeNuLiS >_<"♥

MENULIS ADALAH TEMAN KARIB IMAGINASI...=)) (http://omelansipenulis.blogspot.com)

"/>Terima kasih kerana sudi datang blog nie...terharu aihhhh...=))
Daisypath Happy Birthday tickers

♥AKU HANYA PENULIS BIASA♥

Me?Hanya seorang manusia yang meminati dunia penulisan sejak dari kecil lagi...namun keinginan ini dipendam kerana tiada keyakinan akan berjaya...selepas tersedar dari khayalan...kini barulah berani hendak mengorak langkah yang lebih baik dalam arena penulisan... tolong..sokonglah apa juga cerpen,novel,dan skrip yang saya tulis...satu komen adalah sangat berharga bagi saya...ini menandakan orang mengambil perhatian terhadap karya yang dibuat oleh saya dengan sepenuh hati...saya ingin sekali berjaya dalam kehidupan...=))

♥^_^♥

♥KARYA TERCOMEL..=))♥

  • ▼  2012 (6)
    • ▼  May (6)
      • RUNNING MAN
      • TAKDIR CINTA
      • KPOP STORY(ver.Malay)-MY FIRST LOVE
      • KPOP STORY(ver.Malay)-TAKE MY HAND
      • PENULISAN NOVEL DITERUSKAN!
      • ANNEYEONG BLOGGER...

♥TEKAN JE..O_o"♥

CERPEN (3)

RUNNING MAN


 Hai..la nie Iraa tengah layan variety show korea nie...sapa yang tak tau?angkat tangan....tak ada?lol...haha...running man!!!memang syok habishh tengok gelagat pelawak dalam show ini...cast dia Yoo Jae Suk,Kim Jong Kook,Haha,Kang Gary,Ji Suk Jin,Song Joong Ki(sekarang dah tak ada),Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo....boleh dikatakan ramai gila orang suka tengok Running Man...kawan2 aku pakat suka habisss dengan variety show...sekali tengok hendak tengok lagi...yang paling Iraa minat dalam Running Man adalah...sapa?Sapa?Hehehe....Kang Gary yang peace itu...tak tau kenapa memang suka dengan Kang Gary...kerana mamat yang seorang nie...aku dengan seorang lagi rakan aku bergaduh(main2 ja)...dua2 minat dekat dia haaaa....

Mana Kang Gary?Geli Geli....yang paling smart tuhhh...=))



Dalam Running Man,ada Monday's Couple...itu adalah Song Ji Hyo dengan Kang Gary...sedih sangat sweet mereka dah habis...sebab Song Ji Hyo dan ada teman lelaki...memang sedih dan kecewa!!!kecewa!!Aku tak tahu kalau ini hanya perasaan aku seorang diri...aku dapat merasakan mereka berdua ada perasaan terhadap masing-masig namun dipendamkan...pendam?Kalau tidak kenapa mereka berasa kekok semasa dalam episod ep90 yang main couple-couple tuhhh...jika mereka memang tak ada perasaan...mereka akan selesa...ini nampak macam...tak tahu nak cakap macam mana.....bila ada girl yang couple dengan Kang Gary..siapa perasan yang Song Ji Hyo nampak sedih namun di clover dengan senyuman comelnya itu...Gary pun nampak pelik semasa dia dengan artis perempuan lain...feeling dia tak samakan semasa dia dengan Song Ji Hyo?Harap sangat mereka boleh bersama...jangan takut melukai orang lain..jika hati benar2 dah suka...memang orang itu akan terluka...tetapi cinta tak boleh dipaksa...

Sedihnya bila tengok gambar nie...why?why?atau Kang Gary patut return kepads Jessica SNSD pula???hmm

Iraa juga ada harapan hendak guest ini muncul dalam Running Man...tengoklah gambar2 mereka dekat bawah...

Lee Donghae(Super Junior)..memang Iraa adalah peminat nombor satu dia...comel...
Suka dekat Lee Seung Gi selepas tengok citerz Brilliant Legancy...ala...lakonan dia dengan Han Hyo Joo...
Beautiful lady...pasti Haha akan gila bila tengok Park Min Young datang...wink2...

PENILAIAN ANDA SANGAT BERHARGA BAGI PENULIS

Posted by HAZIRAH ARIFF
0 comel lote uihh..
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TAKDIR CINTA

Diana membelek-belek surat khabar sambil menghirup secawan kopi segar.Syoknya...kalau setiap hari macam ni...."kata hati kecil Diana.Dia berangan punya berangan sehingga habis secawan kopi itu.Dia bangun dan membuatnya semula.
"Diana!"marah Johan sebaik sahaja dia nampak tukang cucinya sedang menggunakan cawan kegemarannya. Dia yang terkejut telah memecahkan cawan itu.
"Kau buat apa dalam bilik aku ni?"
"Saya kemaskan pejabat bos la..."selamba sahaja Diana menjawabnya.
"Tolonglah..penipu...badan dah bau kopi...masih berdalih lagi..."Diana tertunduk.
"Maaf...saya janji tidak akan mengulanginya lagi..."rayu gadis itu.
"Ini dah masuk kali keempat awak menimbulkan masalah dekat pejabat saya ni!Mana boleh tahan kalau macam ni?"marah Johan.
"Tolonglah...jangan buang saya kerja...nanti mak saya nak makan apa..."Diana merayu sehabis boleh yang mungkin.
"Baiklah...ini kali terakhir saya bagi amaran...sekarang...berambus!"lintang pukang Diana keluar daripada bilik itu.Johan terduduk dan melihat cawannya yang pecah itu.
"Habislah kalau Raihan tahu hadiah cawannya pecah...dua tahun aku mengorat dia tau...kalau dia minta berpisah dengan aku gara-gara cawan ni....memang aku pecat terus tulang cuci itu..."marah Johan seorang diri.
Diana mengedap kegelisahan Johan daripada luar bilik.Entah mengapa,hatinya berdebar-debar apabila melihat jejaka tampan tetapi panas baran itu.
"Kan bagus kalau dia teman lelaki aku..."meleleh air liur Diana yang khusyuk melihat Johan.
"Hoi!Mengedap ye..."Diana terkejut dengan kehadiran kawan baiknya,Tasya itu.
"Kau janganlah buat aku macam ni!Boleh lemah jantung tau..."marah Diana.Tasya hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat lucu Diana itu.
"Sudahlah Diana...kau tengok sampai naik juling pun...dia tak mungkin akan jadi jodoh kau...tak mungkin!"Diana patah hati mendengar kata-kata Tasya itu.
"Betullah cakap kau itu...aku ni tukang cuci je...hodoh pula tuhhh..."rendah diri Diana.
"Sedar pun..."Diana terus menyambung semula kerjanya dengan mencuci semua kawasan pejabat.Johan pula sibuk melakukan kerja hariannya.

Secret Receipes
"Apa?Cawan yang sayang berikan dah pecah..."Raihan memarahi Johan.
"Sayang...sorry okey?Pekerja dekat pejabat yang bagi pecah..."
"Pekerja pejabat?Atau you sendiri yang pecahkan dia...sebab benci tengok muka sayang..."Raihan bangun daripada tempat duduknya.
"Sayang...tunggulah dulu..."Johan menhalang.
"Sudahlah...mulai hari ini kita berpisah sahaja...break-up....sayang pun dah ada lelaki lain yang boleh layan diri ini seratus kali baik daripada you...blahhh ahhh..."Raihan meninggalkan Johan yang terkapai-kapai.
"Tak guna punya tukang cuci...tengok aku sudah berpisah dengan teman wanita aku...esok siaplah dia..aku bagi surat pemecatan serta-merta!"Johan mengenggam tangannya kerana terlalu geram dan marah.
Johan keluar daripada restoran itu dengan longlai sekali.Hatinya layu kerana telah putus cinta.
"Yahhh!"dompet Johan telah dirompak sebaik sahaja mahu memasukkannya dalam poket.Johan berlari mengejarnya.
"Ha?"Johan terkejut apabila melihat Diana berada disebelahnya ibarat superwomen mengejar perompak. Malah,tukang cuci itu lari lebih pantas daripada Johan.Lelaki itu ternganga melihat semangat jantan yang ada pada diri Diana itu.
"Hikyak!"perompak itu ditangkap.Diana membelasah perompak itu sehingga tak mampu melawan lagi.
"Awak sangat hebat..."Johan tumb-up untuk Diana kerana kecekapannya.

Sejak kejadian itu,mereka semakin rapat dipejabat.Johan menganggap Diana sebagai pahlawan wanita yang sangat hebat.
"Tukkktukkk..."Diana masuk ke dalam pejabat Johan.
"Tuan panggil saya?"tanya Diana dengan sopan.
"Ini surat pemecatan awak..."Diana terkejut.
"Alaaa...tuan...janganlah buat saya macam ni...dah lama saya tak buat hal...tolonglah tuan..."Johan mengeleng-gelengkan kepala.
"Tak boleh!Awak mesti berhenti kerja..."mutamad keputusan Johan.
"Tapi kenapa?"sayu sahaja suara Diana.
"Sebab awak kena jaga saya dekat rumah..."selamba Johan memberitahu.
"Ha?"terkebil-kebil Diana mendengarnya.
"Saya hendak melamar awak jadi isteri saya...jadi awak kena berhenti kerja..."Diana terus pengsan mendengar lamaran itu.Impiannya menjadi kenyataan.
Kini,Diana ibarat puteri yang dicintai sepenuhnya oleh Johan.Puncanya,kerana bersikap pahlawan macam komik kegemaran Johan.

p/s:-sila komen jika terdapat sebarang pendapat...cerita ini diringkaskan kerana tak cukup masa..xD
 

PENILAIAN ANDA SANGAT BERHARGA BAGI PENULIS

Posted by HAZIRAH ARIFF
0 comel lote uihh..
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: CERPEN

KPOP STORY(ver.Malay)-MY FIRST LOVE

Kedengaran lagu Into The New World nyanyian SooYoung di lapangan terbang.Nicole melihat kakak kesayangannya itu dengan bangga.
“Ketibaan pesawat daripada Perancis” Nicole menunggu di tempat check-out dengan hati yang berdebar-debar selepas mendengar pengumuman itu.
Artis paling popular,Junsu keluar daripada check-out itu.Peminat berebut-rebut untuk mendekati idol kesayangan mereka itu.Nicole juga cuba sedaya-upaya untuk melihat Junsu.
“Dia memang menarik”kata Nicole dalam hati.
Junsu memandang ke arah Nicole dan tersenyum kepadanya.Nicole tersentak dan hampir pengsan denga hanya senyuman itu.Mukanya menjadi merah malu.Nicole berangan-angan yang di akan berkahwin dengan Junsu.
“Kami memang pasangan yang sepadan”kata Nicole seorang diri.
Tiba-tiba Nicole terjatuh selepas di tolak oleh seorang lelaki inggeris dan dia memijak tangan Nicole.
“Aarrrrrr”jerit Nicole dan lelaki inggeris itu terkejut.
“I’m so sorry”kata lelaki itu dengan nada kesal.
“Takpalah.Awak pun peminat Junsu ke?”tanya Nicole dan belum sempat lelaki itu nak menjawab,Nicole mencelah.
“Tak mustahil kalau awak pun minat Junsu.Dia memang handsome.Smart sangat”puji Nicole.
“Nampaknya awak memang minat Junsu.By the way,my name is Kevin and you’re?”tanya Kevin.
“Kevin?Awak boleh panggil saya Nicole”perkenal Nicole dengan rendah diri dan mereka bersalaman.
Junsu hanya melihat mereka berdua dari jauh dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
Di rumah
Poster Junsu memenuhi dinding bilik Nicole.SooYoung melihat Nicole tengah mengelap poster Junsu dengan teliti.
 “Heartbeat..heartbeat”telefon Nicole berbunyi.
“Anneyeong”jawab Nicole.
“Ini Kevin.Saya nak ajak awak makan jjajangmeun”kata Kevin denga ikhlas.
“Okey.Tapi awak belanja tau”kata Nicole.
Kedai Jjajangmeun
“Nicole,awak peminat Junsu,bukan?”kata Kevin dan Nicole hanya mengangguk.
“Ini borang kerja di JYP Entertainment.Junsu perlukan seorang make-up artist” kata Kevin sambil memberi borang.
“Betulkah?”kata Nicole dan dia memeluk Kevin dengan kuat.
JYP Entertainment
“Junsu,ini make-up artist yang baru”perkenal pengurus Junsu,Jin Woo.
“Awak siapkan rambut Junsu ya.Lepas ini,dia akan ada persembahan dengan SooYoung”kata Jin Woo kepada Nicole.
Nicole make-up Junsu dengan bersungguh-sungguh.Nicole gembira kerana dapat melihat Junsu.Nicole berasa bersyukur.
Junsu dan SooYoung membuat persembahan duet yang sangat menarik.Semua peminat mendoakan yang mereka akan bersama.Namun,yang peminat tidak tahu adalah mereka sememangnya pasangan kekasih namun ingin menjaga nama,mereka menafikan hubungan mereka.
“Jagalah Nicole dengan baik tau.Nicole itu minat sangat dengan kau,Junsu”kata SooYoung kepada Junsu.
“Baiklah.Tapi dia akan terluka kalau dia tahu idol dia ini bercinta dengan kakaknya sendiri”balas Junsu.
“Nicole suka kau sejak kau debut lagi.Masa itu aku pun tak kenal kau”kata SooYoung.
“Tapi,kau jangan pula jatuh cinta dengan Nicole”pesan SooYoung kepada Junsu.
Junsu balik ke bilik persalinan dan terlihat Nicole yang comel.
Tiba-tiba Nicole hampir tergelincir dan Junsu cuba mengambutnya namun gagal.Mereka berdua terjatuh dan bertentang mata.
“Oppa.Kamu berdua buat apa?”panggil Kevin yang terkejut melihat aksi mereka berdua dan Junsu tersedar.
“Awak tak apa-apa?tanya Junsu kepada Nicole dan gadis itu hanya membisu di situ.
“Kevin,bila adik sampai?”tanya Junsu.
“Adik?”tanya Nicole kehairanan.
“Junsu ini abang saya.Terkejut tak?Saya nak ajak awak makan malam.Jom la”kata Kevin sambil menarik tangan Nicole.
Junsu hanya memandang jauh.Entah mengapa dirinya cemburu apabila Kevin memegang tangan Nicole.
“Awak buat apa tadi?tanya Kevin.
“Ohh..saya tergelincir tadi.Junsu oppa nak tolong saya tapi kami berdua terjatuh”penerangan itu membuatkan Kevin gembira.
Selepas makan,Kevin membawa Nicole ke pantai.Kevin memegang bahu Nicole dengan kuat dan memandang tepat ke arah anak mata Nicole.
“Nicole,saya cintakan awak.First time,I saw you in the airport,I falling in love with you”luah Kevin.
Nicole yang terkejut dengan luahan itu memegang tangan Kevin untuk dilepaskan.
“I’m so sorry,Kevin but I can’t accept you.Saya hanya cinta Junsu.Dia lelaki pertama yang saya cintai.First time saya dengar nyanyian dia dekat radio,hati saya sudah berdebar-debar walaupun saya tak tengok mukanya lagi”kata Nicole dan dia berlalu pergi meninggalkan Kevin.
Kevin hanya memandang Nicole pergi jauh daripadanya dan tanpa di sedarinya air matanya mengalir.
Junsu memandang cermin.Junsu mengambil telefon.
“Kita berpisahlah”kata Junsu kepada Soo Young dan gadis itu yang terkejut mengehempaskan handphone ke lantai.
Keesokan harinya,SooYoung datang berjumpa Junsu.SooYoung rasa terkejut melihat Nicole memegang rambut Junsu dengan mesranya dan pertama kali dia melihat Junsu ketawa dengan riang.
“Jadi sebab Nicole awak nak putus dengan saya?”serang SooYoung.
“Putus?”Nicole terkejut.
“Nicole,kalau nak tahu Jun Su ini boyfriend kakak.Sampai hati kamu berdua buat saya macam ini”kata Soo Young sambil menangis.
“Soo Young”panggil Junsu yang terkejut dengan tindakan agresif SooYoung.
“Boyfriend?Kakak bercinta dengan Junsu?Kenapa kakak tidak pernah beritahu Nicole?Kalau tidak,sejak awal-awal lagi Nicole akan putus asa.Tapi,sekarang Nicole dah tahu.Takpalah,kakak ambik saja Junsu.Nicole akan mengalah”kata Nicole teresak-esak.
“Junsu oppa,jagalah kakak saya dengan elok”pesan Nicole sebelum berlari keluar dari bilik persalinan.Kevin melihat kejadian itu cuba hendak mengejar Nicole.
“SooYoung,apa yang kamu buat ini?Nicole itu,cinta petama saya”kata Junsu yang membuat SooYoung terkejut.Malah,Kevin juga terhenti langkahnya untuk mengejar Nicole.
“Cinta pertama?”tanya SooYoung.
“Macam pernah awak kata,Nicole suka saya sejak debut.Kalau nak tahu,semasa saya belum terkenal lagi,Nicole adalah orang peminat pertama saya yang beri saya semangat.Masa itu saya rasa gagal sebab belum Berjaya,tetapi semasa balik Nicole peminat yang beri semangat supaya jangan putus asa dan akan menjadi peminat saya untuk selama-lamanya.Sejak itu,saya dah jatuh cinta dengannya.Saya tahu setiap kali saya buat persembahan,Nicole akan ada untuk menyokong saya tidak kira di mana saja saya.Saya tahu itu”terang Junsu sebelum meninggalkan SooYoung.
Junsu keluar dari bilik persalinan dan terlihat Kevin.
“Oppa”panggil Kevin.
“Kalau nak cari Nicole,carilah di tempat pertama oppa jumpa Nicole.Sebab dia pernah kata, tempat itu adalah tempat kebahagian bermula”kata-kata Kevin membuatkan Junsu gembira.
Nicole duduk di stesen bas yang di mana tempat pertama dia berjumpa Junsu semasa lelaki itu buat persembahan jalanan.Masa itu dia seorang sahaja yang mendengar nyanyian Junsu itu.
“Cepatnya awak berjalan”kata Junsu yang mengejutkan Nicole dan Junsu memegang tangan Nicole.
“Awak tak boleh pergi mana-mana.Dah lama saya pendamkan semua ini.Sekarang saya nak luahkan kepada awak.Sejak awak jumpa saya di stesen bas ini saya dah jatuh cinta dengan awak. Setiap kali saya menyanyi,mesti akan akan sokong saya.Itu membuat saya bertambah semangat sehingga nyanyian saya tidak akan sempurna tanpa awak.Saya ingat dengan bercinta dengan SooYoung,cinta ini akan hilang.Namun,perasaan cinta bertambah dari hari ke hari.Saya percaya selepas 50 tahun pun,saya akan lagi cintakan awak dari sekarang.Nicole,saya sentiasa cintakan awak.Mahukah awak jadi peminat saya untuk selama-lamanya?”luah Junsu dengan penuh perasaan.
Nicole terharu dan memeluk Junsu dengan erat.
“Saranghaeyo”kata Nicole dengan linangan air mata.

PENILAIAN ANDA SANGAT BERHARGA BAGI PENULIS

Posted by HAZIRAH ARIFF
0 comel lote uihh..
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: CERPEN

KPOP STORY(ver.Malay)-TAKE MY HAND

Donghae dan Anna sedang mengadakan perjumpaan jodoh yang diaturkan oleh kedua ibu bapa mereka.Donghae paling meluat dengan aturan ini namun tetap hormat dengan Anna.
“Sebenarnya saya tak mahu bercinta atau berkahwin dengan sesiapa pun.Harap awak faham” kata Donghae dengan lemah-lembut dan hormat.
Anna telah jatuh cinta dengan Donghae sejak berjumpa dengan lelaki itu lima belas minit tadi.
“Awak akan jatuh cinta dengan saya juga satu hari nanti”kata Anna dengan bangga dan ini membuat Donghae meluat dengannya.
Tiba-tiba kedengaran suara yang sangat merdu di dalam kedai itu dan seorang gadis yang comel tengah menyanyi.
“Siapakah yang menyanyi itu?”tanya Donghae kepada seorang pelayan.
“Ohhh..itu Lee Ji-Eun.Dia anak kepada pemilik kedai ini.Memang cantik dan merdu suaranya tapi sayangnya dia buta”jawab pelayan itu dan berlalu pergi.
“Buta?”kata Donghae perlahan dan tidak menghiraukan Anna yang cantik di depannya.
Hati Donghae mula tertarik dengan Ji-Eun dan memandang dengan penuh tekun kepadanya.
Anna yang marah Donghae tidak memberi perhatian kepadanya mengambil keputusan untuk pergi.Namun,Donghae tetap memandang Ji-Eun.
Persembahan nyanyian itu tamat dan semua pelanggan memberi tepukan termasuk Donghae.
“Ini airnya”kata Minho sambil memberi segelas air oren kepada Ji-Eun.
“Macam mana persembahan tadi?Okey tak nyanyian Ji-Eun tadi?”tanya Ji-Eun.
“Perfect!”balas ringkas daripada Minho yang mengundang senyuman manis daripada Donghae.
Setiap hari,Donghae akan mendengar nyanyian itu.Hubungan Ji-Eun dan Donghae semakin rapat sehingga mengundang cemburu daripada Minho yang sangat mencintai Ji-Eun daripada kecil.
Ji-Eun juga jatuh cinta dengan Donghae sejak lelaki itu menyapanya sebulan yang lalu dengan alasan sebagai peminat.
Di Taman Bunga..
Donghae dan Ji-Eun bersembang dengan mesra sekali.Malah,Donghae membantu gadis buta itu menyuapakannya makan sushi yang dibuat sendiri oleh Donghae untuk Ji-Eun.
“Hidup ini indah sekali dengan hanya melihat wajah Ji-Eun”kata Donghae sambil mengelap mulut Ji-Eun.
“Kamsahaminda sebab hadir dalam hidup saya”kata Ji-Eun dengan lembut.
“Walaupun saya buta,saya dapat melihat cinta oppa kepada saya.Kamsahaminda sebab mencintai gadis buta macam saya ini”sambung Ji-Eun lagi.
Donghae memeluk Ji-Eun dengan lembut dan mereka merasakan hidup ini sungguh indah sekali.
Di Rumah Donghae..
Persiapan kahwin Donghae dan Anna akan berlangsung dua minggu lagi.Donghae sangat terkejut dengan keputusan ibunya itu.
“Omma tak boleh buat Donghae macam ini.Donghae ada pilihan sendiri dan ada hak untuk memilih jodoh sendiri”rayu Donghae kepada ibunya.
“Donghae!Apa kurangnya dengan Anna itu?Anna itu cantik orangnya dan kaya lagi.Lagi bagus daripada perempuan miskin yang buta itu!”kata Omma Donghae dengan bongkak sekali.
“Walaupun Ji-Eun buta dan miskin tapi Ji-Eun kaya dengan budi bahasa”jawab Donghae dan Omma Donghae terus menampar mukanya.
“Apa yang ada dengan budi bahasa,ha?Tidak kira,kalau Donghae tidak kahwin dengan Anna, omma akan buat hidup Ji-Eun merana”ugut Omma Donghae.
Donghae terkedu dengan ugutan itu.Donghae tahu ibunya sangat keras hati dan tidak mungkin dia akan membiarkan ommanya membuat Ji-Eun merana.


Di kedai Ji-Eun..
Donghae datang bersama dengan Anna dan ini membuat Ji-Eun terkedu.
“Kita berpisahlah”kata Donghae kepada Ji-Eun.
“Tetapi kenapa?”tanya Ji-Eun sambil mengeluarkan air matanya.
“Saya akan berkahwin minggu depan dengan perempuan ini”kata Donghae sambil memeluk pinggang Anna.
Anna hanya tertawa dengan tindakan Donghae itu.
“Sedarlah sikit.Perempuan buta macam kau ini siapa yang hendak”hina Anna.
“Saya cintakan dia!”kata Minho dengan tiba-tiba sehingga mengejutkan Anna.
“Baguslah.Kau jagalah perempuan ini ye”kata Donghae dan ingin pergi dari kedai itu sebelum hatinya tidak sanggup meninggalkan Ji-Eun.
“Oppa!”kata Ji-Eun sambil menarik lengan Donghae.
“Jangan panggil oppa lagi.Saya bukan Oppa kamu”kata Donghae sambil menghempaskan tangannya dan menyebabkan Ji-Eun terjatuh.
Minho segera mendapatkan Ji-Eun yang terjatuh.Donghae dan Anna berlalu meninggalkan kedai itu.Air mata Donghae akhirnya terjatuh.Anna hanya melihat Donghae itu.Anna tidak menyaka Donghae begitu cintakan Ji-Eun.Donghae meninggalkan Anna di tepi jalan dengan terpinga-pinga.
“Salahkah apa yang aku buat ini?Donghae menangis…”kata Anna dalam hati bersendirian.
Hari Perkahwinan…
Donghae bersiap dengan kacak sekali namun sayangnya hatinya sangat merindui Ji-Eun.
Semua orang bersiap untuk turun ke dewan perkahwinan.Donghae akan berjumpa Tok Kadi dalam dewan itu nanti dan berkahwin dengan Anna.
Dewan Perkahwinan..
Donghae masuk dengan baju melayunya itu dan duduk atas tempat yang disediakan.Hanya tunggu Tok Kadinya sahaja.Pintu dewan terbuka dan Anna berjalan dengan ayu sekali.Anna berdiri depan Donghae dengan penuh senyuman.Donghae tidak mengeluarkan sebarang senyuman pun.Hati Donghae sangat terluka.
“Bolehlah kita mulakan sekarang ya”kata Omma Donghae.
“Tidak boleh lagi.Pengantin perempuan tidak sampai lagi”kata Anna yang mengundang hairan daripada jemputan dan Donghae sekali.
“Apa yang Anna cakap ini?Bukankah Anna yang akan berkahwin dengan Donghae”tanya Omma Donghae.
“Orang yang akan berkahwin dengan Donghae adalah orang yang mampu membahagiakan Donghae.Bukankah seorang ibu itu ingin anaknya bahagia”tanya Anna yang mengebabkan Omma Donghae terasa.
“Pengantin perempuan,sila masuk”kata Anna dengan kuat dan pintu dewan dibuka sekali lagi.
Kelihatan Ji-Eun yang cantik jelita di samping ayahnya dan Minho.
“Inilah pengantin perempuannya”kata Anna sambil memegang bahu Ji-Eun.
“Orang yang mampu membahagiakan Donghae adalah Ji-Eun,Omma.Ji-Eun adalah jantung, sarah dan darah dalam badan Donghae.Tanpa Ji-Eun,Donghae hanya ibarat sebujur tubuh yang beku”kata Anna kepada Omma Donghae.
“Saya sangat cintakan Donghae”kata Ji-Eun kepada Omma Donghae.
Donghae turut berada di sebelah Ji-Eun.Omma Donghae hanya memandang wajah anaknya itu.
“Maafkan omma,Donghae”kata Omma Donghae dengan linangan air mata.
Perkahwinan Donghae dan Ji-Eun telah  sah dan semua berasa sangat gembira.
“Lepas habis ini,kita pergi minum kopi,boleh tak?”tanya Minho kepada Anna.
Anna hanya tersenyum dan mereka berbalas-balas senyuman.
Donghae dan Ji-Eun menyanyikan lagu “Nagging” di depan semua penonton.Donghae memegang erat tangan Ji-Eun.
“Saranghae”ucap Donghae kepada Ji-Eun.
“Saranghaeyo.Kasamhaminda”balas Ji-Eun dan memeluk erat Donghae.

PENILAIAN ANDA SANGAT BERHARGA BAGI PENULIS

Posted by HAZIRAH ARIFF
0 comel lote uihh..
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: CERPEN

PENULISAN NOVEL DITERUSKAN!

Ehem...ehem...assalamualaikum...anneyeong...ni hou...

Sekarang masih lagi dalam pemikinan novel....huhu...saya hanya akan buat novel itu sebanyak 300-400 muka surat sahaja...hehehe....bukan tak mahu buat novel yang 400 ke atas..tapi ini adalah percubaan...saya juga banyak mendengar rungutan daripada pelajar sekolah yang tidak mampu membeli novel yang tebal dan mahal harganya....harga novel di Kaki Novel memang mahal sedikit tapi berkualiti dan menark kandungannya...buku daripada Kaki Novel memang tidak mudah koyak....betul tak?betul tak?Saya memang sangat berharap yang Kaki Novel akan terima novel saya ini...huhu...saya menekannya watak yang sangat kuat dan jalan ceritanya yang mencabar...saya memang lebih suka jika novel itu sedikit sedih dan pilu jalan ceritanya...next time kalau ada rezeki lagi...saya akan buat cinta romantik pula...okey?tapi saya lebih suka jika mukasuratnya sedikit tidak tebal seperti novel yang ada dipasarannya kerana selain daripada mengalakkan orang yang tidak minat membaca membelinya...harga lebih murah....tapi ceritanya padat tau...
Saya ada sebuah novel yang agak suka ceritanya...novel "KERANA SEBUAH JANJI" daripada penulis Nozi Danisya...walaupun novel dia nipis daripada terbitan Kaki Novel yang lain...tetapi ceritanya sangat padat dan tidak perlulah kita skip bab-bab yang bosan mungkin ditambah untuk menebalkannya...
Boleh beritahu saya tak suka novel yang tebal atau yang sedikit nipis????
PENILAIAN ANDA SANGAT BERHARGA BAGI PENULIS

Posted by HAZIRAH ARIFF
0 comel lote uihh..
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ANNEYEONG BLOGGER...

Hello hello reader...wow..my blog is done..hahaha...saya tulis blog ini sebagai penyampaikan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita...saya nervous juga nak tulis blog ini..tapi jalan saja...hehehe...saya memang suka menulis...otak saya pasti serabuk dengan benda-benda yang mungkin mustahil untuk berlaku..jadi ubah semua imnaginasi saya ini kepada bentuk nolis..insyaallah...novel saya akan siap...huhu...saya sebenarnya berhasrat hendak menghantar kepada Kaki Novel...kerana saya memang suka novel keluaran itu..novel yang menjadi favourite saya adalah "HADIRMU TAKDIRKU" , " "ANGEL IN THE DEVIL'S SUIT","M.A.I.D" dan banyak lagi la...
Saya juga risau adakah novel saya ini elok untuk diterbitkan?Saya hanya pelajar yang ingin mengasah bakat menulis...mampukah saya?Adanya dorongan daripada ayah dan mama membuat saya semangat untuk menulis...berkat ibu bapa lebih penting,bukan?
Doakan yang terbaik untuk saya...okey?

                                                                                                                                 


PENILAIAN ANDA SANGAT BERHARGA BAGI PENULIS

Posted by HAZIRAH ARIFF
0 comel lote uihh..
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

♥CINTA ITU INDAH♥


This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.
music playlistfacebook playlistmyspace music

♥SEKARANG...♥


Brilliant Legancy

Koizora..memang sedih tengok citerzz nie...

My Girlfriends is Gumiho...

[close]


Template Design by Freyja Silver | Digi-Scraps by Krissy's Scraps
Layout By freyjasilver
Copyright© All Rights Reserved OMELAN SI PENULIS HAZIRAH ARIFF