“Sebenarnya saya tak mahu bercinta atau berkahwin dengan sesiapa pun.Harap awak faham” kata Donghae dengan lemah-lembut dan hormat.
Anna telah jatuh cinta dengan Donghae sejak berjumpa dengan lelaki itu lima belas minit tadi.
“Awak akan jatuh cinta dengan saya juga satu hari nanti”kata Anna dengan bangga dan ini membuat Donghae meluat dengannya.
Tiba-tiba kedengaran suara yang sangat merdu di dalam kedai itu dan seorang gadis yang comel tengah menyanyi.
“Siapakah yang menyanyi itu?”tanya Donghae kepada seorang pelayan.
“Ohhh..itu Lee Ji-Eun.Dia anak kepada pemilik kedai ini.Memang cantik dan merdu suaranya tapi sayangnya dia buta”jawab pelayan itu dan berlalu pergi.
“Buta?”kata Donghae perlahan dan tidak menghiraukan Anna yang cantik di depannya.
Hati Donghae mula tertarik dengan Ji-Eun dan memandang dengan penuh tekun kepadanya.
Anna yang marah Donghae tidak memberi perhatian kepadanya mengambil keputusan untuk pergi.Namun,Donghae tetap memandang Ji-Eun.
Persembahan nyanyian itu tamat dan semua pelanggan memberi tepukan termasuk Donghae.
“Ini airnya”kata Minho sambil memberi segelas air oren kepada Ji-Eun.
“Macam mana persembahan tadi?Okey tak nyanyian Ji-Eun tadi?”tanya Ji-Eun.
“Perfect!”balas ringkas daripada Minho yang mengundang senyuman manis daripada Donghae.
Setiap hari,Donghae akan mendengar nyanyian itu.Hubungan Ji-Eun dan Donghae semakin rapat sehingga mengundang cemburu daripada Minho yang sangat mencintai Ji-Eun daripada kecil.
Ji-Eun juga jatuh cinta dengan Donghae sejak lelaki itu menyapanya sebulan yang lalu dengan alasan sebagai peminat.
Di Taman Bunga..
Donghae dan Ji-Eun bersembang dengan mesra sekali.Malah,Donghae membantu gadis buta itu menyuapakannya makan sushi yang dibuat sendiri oleh Donghae untuk Ji-Eun.
“Hidup ini indah sekali dengan hanya melihat wajah Ji-Eun”kata Donghae sambil mengelap mulut Ji-Eun.
“Kamsahaminda sebab hadir dalam hidup saya”kata Ji-Eun dengan lembut.
“Walaupun saya buta,saya dapat melihat cinta oppa kepada saya.Kamsahaminda sebab mencintai gadis buta macam saya ini”sambung Ji-Eun lagi.
Donghae memeluk Ji-Eun dengan lembut dan mereka merasakan hidup ini sungguh indah sekali.
Di Rumah Donghae..
Persiapan kahwin Donghae dan Anna akan berlangsung dua minggu lagi.Donghae sangat terkejut dengan keputusan ibunya itu.
“Omma tak boleh buat Donghae macam ini.Donghae ada pilihan sendiri dan ada hak untuk memilih jodoh sendiri”rayu Donghae kepada ibunya.
“Donghae!Apa kurangnya dengan Anna itu?Anna itu cantik orangnya dan kaya lagi.Lagi bagus daripada perempuan miskin yang buta itu!”kata Omma Donghae dengan bongkak sekali.
“Walaupun Ji-Eun buta dan miskin tapi Ji-Eun kaya dengan budi bahasa”jawab Donghae dan Omma Donghae terus menampar mukanya.
“Apa yang ada dengan budi bahasa,ha?Tidak kira,kalau Donghae tidak kahwin dengan Anna, omma akan buat hidup Ji-Eun merana”ugut Omma Donghae.
Donghae terkedu dengan ugutan itu.Donghae tahu ibunya sangat keras hati dan tidak mungkin dia akan membiarkan ommanya membuat Ji-Eun merana.
Di kedai Ji-Eun..
Donghae datang bersama dengan Anna dan ini membuat Ji-Eun terkedu.
“Kita berpisahlah”kata Donghae kepada Ji-Eun.
“Tetapi kenapa?”tanya Ji-Eun sambil mengeluarkan air matanya.
“Saya akan berkahwin minggu depan dengan perempuan ini”kata Donghae sambil memeluk pinggang Anna.
Anna hanya tertawa dengan tindakan Donghae itu.
“Sedarlah sikit.Perempuan buta macam kau ini siapa yang hendak”hina Anna.
“Saya cintakan dia!”kata Minho dengan tiba-tiba sehingga mengejutkan Anna.
“Baguslah.Kau jagalah perempuan ini ye”kata Donghae dan ingin pergi dari kedai itu sebelum hatinya tidak sanggup meninggalkan Ji-Eun.
“Oppa!”kata Ji-Eun sambil menarik lengan Donghae.
“Jangan panggil oppa lagi.Saya bukan Oppa kamu”kata Donghae sambil menghempaskan tangannya dan menyebabkan Ji-Eun terjatuh.
Minho segera mendapatkan Ji-Eun yang terjatuh.Donghae dan Anna berlalu meninggalkan kedai itu.Air mata Donghae akhirnya terjatuh.Anna hanya melihat Donghae itu.Anna tidak menyaka Donghae begitu cintakan Ji-Eun.Donghae meninggalkan Anna di tepi jalan dengan terpinga-pinga.
“Salahkah apa yang aku buat ini?Donghae menangis…”kata Anna dalam hati bersendirian.
Hari Perkahwinan…
Donghae bersiap dengan kacak sekali namun sayangnya hatinya sangat merindui Ji-Eun.
Semua orang bersiap untuk turun ke dewan perkahwinan.Donghae akan berjumpa Tok Kadi dalam dewan itu nanti dan berkahwin dengan Anna.
Dewan Perkahwinan..
Donghae masuk dengan baju melayunya itu dan duduk atas tempat yang disediakan.Hanya tunggu Tok Kadinya sahaja.Pintu dewan terbuka dan Anna berjalan dengan ayu sekali.Anna berdiri depan Donghae dengan penuh senyuman.Donghae tidak mengeluarkan sebarang senyuman pun.Hati Donghae sangat terluka.
“Bolehlah kita mulakan sekarang ya”kata Omma Donghae.
“Tidak boleh lagi.Pengantin perempuan tidak sampai lagi”kata Anna yang mengundang hairan daripada jemputan dan Donghae sekali.
“Apa yang Anna cakap ini?Bukankah Anna yang akan berkahwin dengan Donghae”tanya Omma Donghae.
“Orang yang akan berkahwin dengan Donghae adalah orang yang mampu membahagiakan Donghae.Bukankah seorang ibu itu ingin anaknya bahagia”tanya Anna yang mengebabkan Omma Donghae terasa.
“Pengantin perempuan,sila masuk”kata Anna dengan kuat dan pintu dewan dibuka sekali lagi.
Kelihatan Ji-Eun yang cantik jelita di samping ayahnya dan Minho.
“Inilah pengantin perempuannya”kata Anna sambil memegang bahu Ji-Eun.
“Orang yang mampu membahagiakan Donghae adalah Ji-Eun,Omma.Ji-Eun adalah jantung, sarah dan darah dalam badan Donghae.Tanpa Ji-Eun,Donghae hanya ibarat sebujur tubuh yang beku”kata Anna kepada Omma Donghae.
“Saya sangat cintakan Donghae”kata Ji-Eun kepada Omma Donghae.
Donghae turut berada di sebelah Ji-Eun.Omma Donghae hanya memandang wajah anaknya itu.
“Maafkan omma,Donghae”kata Omma Donghae dengan linangan air mata.
Perkahwinan Donghae dan Ji-Eun telah sah dan semua berasa sangat gembira.
“Lepas habis ini,kita pergi minum kopi,boleh tak?”tanya Minho kepada Anna.
Anna hanya tersenyum dan mereka berbalas-balas senyuman.
Donghae dan Ji-Eun menyanyikan lagu “Nagging” di depan semua penonton.Donghae memegang erat tangan Ji-Eun.
“Saranghae”ucap Donghae kepada Ji-Eun.
“Saranghaeyo.Kasamhaminda”balas Ji-Eun dan memeluk erat Donghae.
0 comel lote uihh..:
Post a Comment