Kedengaran lagu Into The New World nyanyian SooYoung di lapangan terbang.Nicole melihat kakak kesayangannya itu dengan bangga.
“Ketibaan pesawat daripada Perancis” Nicole menunggu di tempat check-out dengan hati yang berdebar-debar selepas mendengar pengumuman itu.
Artis paling popular,Junsu keluar daripada check-out itu.Peminat berebut-rebut untuk mendekati idol kesayangan mereka itu.Nicole juga cuba sedaya-upaya untuk melihat Junsu.
“Dia memang menarik”kata Nicole dalam hati.
Junsu memandang ke arah Nicole dan tersenyum kepadanya.Nicole tersentak dan hampir pengsan denga hanya senyuman itu.Mukanya menjadi merah malu.Nicole berangan-angan yang di akan berkahwin dengan Junsu.
“Kami memang pasangan yang sepadan”kata Nicole seorang diri.
Tiba-tiba Nicole terjatuh selepas di tolak oleh seorang lelaki inggeris dan dia memijak tangan Nicole.
“Aarrrrrr”jerit Nicole dan lelaki inggeris itu terkejut.
“I’m so sorry”kata lelaki itu dengan nada kesal.
“Takpalah.Awak pun peminat Junsu ke?”tanya Nicole dan belum sempat lelaki itu nak menjawab,Nicole mencelah.
“Tak mustahil kalau awak pun minat Junsu.Dia memang handsome.Smart sangat”puji Nicole.
“Nampaknya awak memang minat Junsu.By the way,my name is Kevin and you’re?”tanya Kevin.
“Kevin?Awak boleh panggil saya Nicole”perkenal Nicole dengan rendah diri dan mereka bersalaman.
Junsu hanya melihat mereka berdua dari jauh dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
Di rumah
Poster Junsu memenuhi dinding bilik Nicole.SooYoung melihat Nicole tengah mengelap poster Junsu dengan teliti.
“Heartbeat..heartbeat”telefon Nicole berbunyi.
“Anneyeong”jawab Nicole.
“Ini Kevin.Saya nak ajak awak makan jjajangmeun”kata Kevin denga ikhlas.
“Okey.Tapi awak belanja tau”kata Nicole.
Kedai Jjajangmeun
“Nicole,awak peminat Junsu,bukan?”kata Kevin dan Nicole hanya mengangguk.
“Ini borang kerja di JYP Entertainment.Junsu perlukan seorang make-up artist” kata Kevin sambil memberi borang.
“Betulkah?”kata Nicole dan dia memeluk Kevin dengan kuat.
JYP Entertainment
“Junsu,ini make-up artist yang baru”perkenal pengurus Junsu,Jin Woo.
“Awak siapkan rambut Junsu ya.Lepas ini,dia akan ada persembahan dengan SooYoung”kata Jin Woo kepada Nicole.
Nicole make-up Junsu dengan bersungguh-sungguh.Nicole gembira kerana dapat melihat Junsu.Nicole berasa bersyukur.
Junsu dan SooYoung membuat persembahan duet yang sangat menarik.Semua peminat mendoakan yang mereka akan bersama.Namun,yang peminat tidak tahu adalah mereka sememangnya pasangan kekasih namun ingin menjaga nama,mereka menafikan hubungan mereka.
“Jagalah Nicole dengan baik tau.Nicole itu minat sangat dengan kau,Junsu”kata SooYoung kepada Junsu.
“Baiklah.Tapi dia akan terluka kalau dia tahu idol dia ini bercinta dengan kakaknya sendiri”balas Junsu.
“Nicole suka kau sejak kau debut lagi.Masa itu aku pun tak kenal kau”kata SooYoung.
“Tapi,kau jangan pula jatuh cinta dengan Nicole”pesan SooYoung kepada Junsu.
Junsu balik ke bilik persalinan dan terlihat Nicole yang comel.
Tiba-tiba Nicole hampir tergelincir dan Junsu cuba mengambutnya namun gagal.Mereka berdua terjatuh dan bertentang mata.
“Oppa.Kamu berdua buat apa?”panggil Kevin yang terkejut melihat aksi mereka berdua dan Junsu tersedar.
“Awak tak apa-apa?tanya Junsu kepada Nicole dan gadis itu hanya membisu di situ.
“Kevin,bila adik sampai?”tanya Junsu.
“Adik?”tanya Nicole kehairanan.
“Junsu ini abang saya.Terkejut tak?Saya nak ajak awak makan malam.Jom la”kata Kevin sambil menarik tangan Nicole.
Junsu hanya memandang jauh.Entah mengapa dirinya cemburu apabila Kevin memegang tangan Nicole.
“Awak buat apa tadi?tanya Kevin.
“Ohh..saya tergelincir tadi.Junsu oppa nak tolong saya tapi kami berdua terjatuh”penerangan itu membuatkan Kevin gembira.
Selepas makan,Kevin membawa Nicole ke pantai.Kevin memegang bahu Nicole dengan kuat dan memandang tepat ke arah anak mata Nicole.
“Nicole,saya cintakan awak.First time,I saw you in the airport,I falling in love with you”luah Kevin.
Nicole yang terkejut dengan luahan itu memegang tangan Kevin untuk dilepaskan.
“I’m so sorry,Kevin but I can’t accept you.Saya hanya cinta Junsu.Dia lelaki pertama yang saya cintai.First time saya dengar nyanyian dia dekat radio,hati saya sudah berdebar-debar walaupun saya tak tengok mukanya lagi”kata Nicole dan dia berlalu pergi meninggalkan Kevin.
Kevin hanya memandang Nicole pergi jauh daripadanya dan tanpa di sedarinya air matanya mengalir.
Junsu memandang cermin.Junsu mengambil telefon.
“Kita berpisahlah”kata Junsu kepada Soo Young dan gadis itu yang terkejut mengehempaskan handphone ke lantai.
Keesokan harinya,SooYoung datang berjumpa Junsu.SooYoung rasa terkejut melihat Nicole memegang rambut Junsu dengan mesranya dan pertama kali dia melihat Junsu ketawa dengan riang.
“Jadi sebab Nicole awak nak putus dengan saya?”serang SooYoung.
“Putus?”Nicole terkejut.
“Nicole,kalau nak tahu Jun Su ini boyfriend kakak.Sampai hati kamu berdua buat saya macam ini”kata Soo Young sambil menangis.
“Soo Young”panggil Junsu yang terkejut dengan tindakan agresif SooYoung.
“Boyfriend?Kakak bercinta dengan Junsu?Kenapa kakak tidak pernah beritahu Nicole?Kalau tidak,sejak awal-awal lagi Nicole akan putus asa.Tapi,sekarang Nicole dah tahu.Takpalah,kakak ambik saja Junsu.Nicole akan mengalah”kata Nicole teresak-esak.
“Junsu oppa,jagalah kakak saya dengan elok”pesan Nicole sebelum berlari keluar dari bilik persalinan.Kevin melihat kejadian itu cuba hendak mengejar Nicole.
“SooYoung,apa yang kamu buat ini?Nicole itu,cinta petama saya”kata Junsu yang membuat SooYoung terkejut.Malah,Kevin juga terhenti langkahnya untuk mengejar Nicole.
“Cinta pertama?”tanya SooYoung.
“Macam pernah awak kata,Nicole suka saya sejak debut.Kalau nak tahu,semasa saya belum terkenal lagi,Nicole adalah orang peminat pertama saya yang beri saya semangat.Masa itu saya rasa gagal sebab belum Berjaya,tetapi semasa balik Nicole peminat yang beri semangat supaya jangan putus asa dan akan menjadi peminat saya untuk selama-lamanya.Sejak itu,saya dah jatuh cinta dengannya.Saya tahu setiap kali saya buat persembahan,Nicole akan ada untuk menyokong saya tidak kira di mana saja saya.Saya tahu itu”terang Junsu sebelum meninggalkan SooYoung.
Junsu keluar dari bilik persalinan dan terlihat Kevin.
“Oppa”panggil Kevin.
“Kalau nak cari Nicole,carilah di tempat pertama oppa jumpa Nicole.Sebab dia pernah kata, tempat itu adalah tempat kebahagian bermula”kata-kata Kevin membuatkan Junsu gembira.
Nicole duduk di stesen bas yang di mana tempat pertama dia berjumpa Junsu semasa lelaki itu buat persembahan jalanan.Masa itu dia seorang sahaja yang mendengar nyanyian Junsu itu.
“Cepatnya awak berjalan”kata Junsu yang mengejutkan Nicole dan Junsu memegang tangan Nicole.
“Awak tak boleh pergi mana-mana.Dah lama saya pendamkan semua ini.Sekarang saya nak luahkan kepada awak.Sejak awak jumpa saya di stesen bas ini saya dah jatuh cinta dengan awak. Setiap kali saya menyanyi,mesti akan akan sokong saya.Itu membuat saya bertambah semangat sehingga nyanyian saya tidak akan sempurna tanpa awak.Saya ingat dengan bercinta dengan SooYoung,cinta ini akan hilang.Namun,perasaan cinta bertambah dari hari ke hari.Saya percaya selepas 50 tahun pun,saya akan lagi cintakan awak dari sekarang.Nicole,saya sentiasa cintakan awak.Mahukah awak jadi peminat saya untuk selama-lamanya?”luah Junsu dengan penuh perasaan.
Nicole terharu dan memeluk Junsu dengan erat.
“Saranghaeyo”kata Nicole dengan linangan air mata.
0 comel lote uihh..:
Post a Comment